· Gunung Hanamiyama
Gunung Hanamiyama terletak di kawasan tenggara Fukushima, 4 kilometer daripada Bandar utama. Gunung Hanamiyama tersohor dengan perkataan Syurganya Fukushima, kerana terdapat banyak bunga yang bermekaran dalam kawasan gunung tersebut.
Pada masa musim bunga, gunung ini ditutupi oleh banyak pokok Cheri yang indah seperti hamparan permadani yang luas, selain itu juga terdapat banyak bunga-bunga yang lainnya yang bermunculan pada saat musim bunga diantaranya ialah seperti bunga watersweets, plums,Japanese Cornels, Japanese witch Hazels, Forshytyas, Peaches, Japanese Quences dan bunga
Magnolia.
·
Oze(Taman Negara)
·
Taman Negara Oze merupakan suatu kawasan yang sangat luas dan meliputi beberapa frefektur di Jepun seperti Gunma, Niiguta dan wilayah Tochigi. Dalam taman tersebut terdapat beberapa tasik, kolam, kawasan paya dan hutan. Taman ini terdaftar sebagai tanah lembap dibawah konvesyen Ramsar dan monument khusus Negara dengan tujuan juga untuk melindungi haiwan dan tumbuhan di dalamnya.
Taman Negara Oze merupakan suatu kawasan yang sangat luas dan meliputi beberapa frefektur di Jepun seperti Gunma, Niiguta dan wilayah Tochigi. Dalam taman tersebut terdapat beberapa tasik, kolam, kawasan paya dan hutan. Taman ini terdaftar sebagai tanah lembap dibawah konvesyen Ramsar dan monument khusus Negara dengan tujuan juga untuk melindungi haiwan dan tumbuhan di dalamnya.
· Pelancongan air
Fukushima seringkali dikatakan sebagai “hometown of water” kerana terdapat banyak sekali sungai-sungai dan tasik dimana ianya menjadi daya tarik para pelancong untuk melawat ke tempat ini. Beberapa pelancongan air tersebut dalam bentuk sungai seperti sungai Abukima, Aguno, Nagose, dan sungai Kuji. Selain sungai terdapat juga beberapa tasik seperti Tasik Inawashiro, Nanko dan tasik Tagokura. Fukushima merupakan prefektur yang boleh kita banggakan, kerana persekitaran air yang terjaga dan penduduk setempat ikut menjaga dan melindungi persekitaran air mereka agar ianya selalu bersih dan tidak tercemar.
· Gunung Bandai
Satu lagi kawasan pelancongan yang selesa untuk kita kunjungi apabila melancong ke prefektur Fukushima ialah berkunjung ke gunung Bandai. Terdapat banyak kolam-kolam yang cantik dalam kawasan gunung Bandai ini, menurut sejarahnya kolam-kolam ini terbentuk akibat daripada Erupsi yang terjadi pada tahun 1888 yang mana ianya membawa kepada kerosakan yang besar terhadap kawasan disekitar gunung tersebut serta erupsi tersebut menutup sungai-sungai yang ada pada masa itu sehingga sungai tersebut membentuk hampir 300 kolam/tasik yang cantik termasuk Hibra dan Goshikimuna. Ada 3 bandar yang berdekatan dengan kawasan gunung Bandai ini diantaranya Kitashiobara, Bandar Bandai dan Bandar inawashiro.