yokohama
Yokohama merupakan ibu kota bagi wilayah Kanagawa. Terdapat beberapa tempat menarik di dalam kota kedua terbesar Jepun ini, termasuklah Chinatown, Ramen Museum dan Hakkeijima Sea Paradise.
Chinatown di Yokohama merupakan Chinatown terbesar di Jepun yang terletak di tengah-tengah bandar Yokohama. Chinatown di sini berkembang pesat setelah pelabuhan Yokohama menjadi salah satu pelabuhan terawal yang dibuka untuk perdagangan asing pada 1859. Hari ini, terdapat begitu banyak kedai dan restoran Cina yang boleh didapati di sini. Kanteibyo pula adalah sebuah tokong berwarna yang terdapat di tengah kawasan Chinatown, dibina pada 1873, ianya dikatakan didedikasikan kepada dewi perniagaan dan kemakmuran Cina. Namun, apa yang menjadi tarikan utama di Chinatown ini adalah hidangan makanan yang ditawarkan di restoran-restoran makanan Cina di sini, antara makanan yang popular termasuklah pau, ramen dan pelbagai lagi hidangan lain yang kebanyakannya telah disesuaikan dengan masyarakat Jepun. Perayaan Tahun Baru Cina turut disambut di sini sekitar awal Februari.

Shinyokohama Raumen Museum pula ialah sebuah muzium unik mengenai 'ramen'; sejenis hidangan mi Jepun yang sangat terkenal yang pada asalnya diperkenalkan dari negara China. Muzium ini menyediakan galeri mengenai sejarah 'ramen' di Jepun, termasuklah tentang kejayaan besar 'ramen segera'. Ia memaparkan kepelbagaian mi, sup, topping dan mangkuk yang digunakan di serata Jepun serta cara pembuatan mi tersebut. Terdapat 9 buah restoran 'ramen' yang boleh dikunjungi di sini, yang mana setiap satunya menyediakan hidangan 'ramen' dari kawasan-kawasan yang berbeza di sekitar Jepun.
Hakkeijima Sea Paradise ialah sebuah taman hiburan yang terletak di sebuah pulau kecil ke selatan Yokohama, mengambil masa perjalanan kira-kira 30 minit menggunakan kereta api. Ia merupakan salah satu taman hiburan yang paling dikunjungi di Jepun dengan menempatkan aquarium yang mengagumkan. Aqua Resorts terdiri daripada Aqua Museum, Dolphin Fantasy dan Fureai Lagoon. Aqua Museum ialah sebuah akuarium yang mana para pengunjung boleh menyaksikan anjing laut, ikan lumba-lumba, singa laut, ikan jerung, memerang laut, ikan paus dan bermacam lagi hidupan laut yang lain.
kamakura
Kamakura ialah sebuah kawasan pantai yang terletak ke selatan Tokya mengambil masa kira-kira kurang daripada 1 jam perjalanan. Pernah menjadi pusat politik Jepun, Kamakura hari ini merupakan destinasi pelancongan yang terkenal dalam kalangan pengujung yang melawat negara Jepun. Kadangkala digelar Kyoto of Eastern Japan, Kamakura menawarkan banyak tokong, kuil dan pelbagai monumen sejarah yang lain untuk dikunjungi. Selain itu, terdapat juga pantai-pantai indah yang menjadi tarikan pelancong ke kawasan ini.
Hasedera ialah sebuah tokong yang terkenal dengan patung dewa Kannon. Tokong ini dibina di lereng bukit berhutan, dengan taman yang indah dan tasik yang cantik. Bangunan utama tokong ini terletak hampir ke puncak bukit dan dapat dilawati menggunakan tangga. Terdapat Kannon-do-Hall, Amida-do-Hall dan restoran kecil yang menghidangkan snek, minuman dan 'mitarashi dango'; dumpling kecil yang diperbuat daripada tepung beras bersalut dengan sos pekat campuran gula dan kicap. Berdekatan dengan taman, terdapat Benten-do-Hall yang menempatkan Benten atau juga dikenali sebagai Benzaiten; dewi kekayaan dan kecantikan wanita.
Memandangkan Kamakura merupakan sebuah kawasan yang dekelilingi laut dan hutan berbukit, terdapat laluan pendakian menarik merentas hutan di sepanjang bukit yang bersambung dengan beberapa tokong yang lain. Kamakura Hiking Trails terdiri daripada Western Hills, Northen Hills dan Eastern Hills. Tempoh masa bagi menamatkan pendakian di Western Hills dan Northen Hills mengambil masa kira-kira 60-90 minit manakala Eastern Hills pula 30 minit. Selain darpada pemandangan indah alam semulajadi yang menenangkan, para pelancong juga dapat mengunjungi Jochiji Temple, Kenchoji Temple, Shishimai Valley, Myohonji Temple dan beberapa buah gua.
kawasaki
Terletak di antara bandar Tokyo dan Yokohama, Kawasaki ialah sebuah bandar berpantai yang besar yang berada di sepanjang Sungai Tamagawa.
Fujiko F. Fujio Museum atau lebih dikenali sebagai Doraemon Museum ialah sebuah muzium seni khayalan yang dibina berdasarkan karya terkenal Fujiko F. Fujio, Doraemon; sebuah siri berpengaruh mengenai robot kucing dari abad ke-22 yang kembali ke masa lampau untuk berkawan dengan sekumpulan kanak-kanak. Kunjungan ke muzium ini memerlukan tempahan awal.
Walaupun siri Doraemon telah wujud sejak berdekad yang lalu dan golongan sasaran untuk muzium ini adalah kanak-kanak, namun ia juga telah menarik perhatian golongan dewasa yang telah sama-sama membesar dengan siri ini. Muzium ini menempatkan pelbagai koleksi Fujiko F. Fujio dilengkapi dengan panduan audio berbahasa Inggeris yang memaparkan karya dan ulasan mengenai hidup Fujiko. Separuh daripada muzium ini menempatkan ruangan untuk kanak-kanak seperti teater yang menayangkan filem pendek asal Doraemon, bilik pembacaan manga dan beberapa aktiviti serta bilik-bilik permainan. Terdapat juga patung watak-watak dalam siri Doraemon bersaiz sebenar yang dipamerkan di luar muzium, kafe yang menjual pelbagai hidangan bertemakan Doraemon dan kedai cenderamata watak-watak Doraemon.