Hanami - Berasal dari perkataan (hana wo miru = melihat bunga) atau Ohanami yang merupakan satu tradisi Jepun dalam menikmati keindahan bunga, (bunga Sakura). - Bunga Sakura mula mekar di Jepun pada akhir bulan Mac dan berakhir pada awal bulan April (kecuali di Okinawa dan Hokkaido). - Saat melakukan proses Hanami ini adalah bermula apabila kesemua bunga sakura yang berada di sesuatu tempat sudah mekar kesemuannya. -Di Osaka, antara kawasan yang sering dijadikan tempat untuk melihat bunga(Hanami), kawasan taman Istana Osaka. - Istana Osaka merupakan salah satu bukti kemegahan Jepun dan menjadi bangunan yang terindah yang didirikan oleh Toyotomi Hideyoshi(pemerintah Osaka, 1583) - Istana Osaka dikelilingi taman yang penuh dengan pohon Cherry, Plum dan Sakura. -Bunga Sakura merupakan bunga yang menjadi kebanggaan masyarakat setempat dan menjadi kekaguman kepada pengunjung untuk berhanami. Budaya suka berterus-terang
Ø Warga Osaka pada umumnya merupakan salah satu warga yang suka berterus-terang, ceria dan terbuka jika dibandingkan dengan orang Jepun yang lain. Ø Sikap keterbukaan ini banyak menguntungkan Osaka sebagai pusat perdagangan internasional. Ø Warga Osaka yang ceria menjadikan Osaka sebagai kota yang banyak menghasilkan pelawak-pelawak yang kemudiannya berhijrah ke Tokyo dan menjadi bintang television. Ø Pentas sandiwara komedi Yoshimoto Shin-kigeki merupakan pentas hiburan asli Osaka yang terkenal di seluruh Jepun.
Budaya Kuidaore(makan sepuasnya)
# Osaka terkenal dengan budaya Kuidaore (makan sepuasnya) iaitu makan dan makan terus sampai tidak kuat makan lagi dan jatuh terlentang. # Makanan khas Osaka dalam upacara ini adalah Okonomiyaki (goreng telur dengan isi irisan kol dengan daging babi atau makanan laut), Takoyaki, dan Kushikatsu (tusukan sayur atau daging dibungkus tepung roti lalu digoreng) # Okonomiyaki, Takoyaki, dan Udon (mi dari tepung terigu) adalah contoh dari budaya konamono (makanan dari tepung terigu) yang digemari orang Osaka. Budaya perdagang
§ Orang Osaka terkenal sebagai masyarakat yang suka berdagang
§ Setahun sekali akan diadakan festival Tooka Ebisu(9, 10, 11Januari), para perdagang dan pemilik perniagaan di Osaka tidak akan berlengah dan tertinggal untuk berkunjung ke kuil Ebisu § Hal ini adalah untuk mendapatkan kelancaran dan keuntungan dalam berdagang dan berniaga § Antara kuil yang terkenal di Osaka adalah kuil Imamiya-Ebisu yang terletak di kawasan Namba Parks.