- Rakaman gambar menunjukkan asap keluar dari loji nuklear Fukushima Daini pada 20 March.
Kerajaan Jepun mengesahkan letupan di loji tenaga nuklear Fukushima Daini hari ini ekoran gempa bumi dan tsunami semalam.Terdahulu agensi berita Jiji memetik polis tempatan berkata letupan dan asap kelihatan di loji tersebut – sehari selepas Fukushima Jepun digegarkan dengan gempa bumi paling buruk dalam 140 tahun.
Kerajaan Jepun telah memberi amaran kepada penduduknya bahawa telah wujudnya cairan di reaktor nuklear yang rosak ekoran gempa bumi dan tsunami yang dikatakan telah mengubah secara Fukushima. Tambahan lagi, Ketua Setiausaha Kabinet Jeoun Yukio Edano kemudian mengesahkan telah berlakunya satu letupan dan kebocoran radiasi di loji tersebut sehingga menyebabkan cairan tersebut mengalir ke dalam laut.
Oleh itu, pihak kerajaan tempatan Jepun telah mengambil satu inisiatif agar mengosongkan 10 km kawasan tersebut agar penduduk tempatan tidak mengalami ridiasi tersebut kerana ianya mungkin akan mengundang bencana kesihatan penduduk setempat. Namun demikian, pihak kerajaan tempatan telah mengumunkan lagi bahawa 20km dari kawasan Fukushima Daini perlu dikosongkan selepas beberapa jam kemudian.
Edwin Lyman dari Union of Concerned Scientists berkongsi tahap keseriuasan keadaan di pusat-pusat kemudahan nuklear yang dilanda gempa bumi dan tsunami tersebut. Stesen TV NHK melaporkan bahawa beberapa pekerja cedera dalam letupan di Unit 1 loji tersebut.
Laporan msnbc memetik stesen Sky News dari Britain berkata, penduduk di kawasan sekitar diminta tidak keluar rumah, tidak minum air paip dan perlu menutup muka mereka dengan topeng pernafasan ataupun tuala basah. Hal ini demikian kerana, langkah ini dapat mengurangkan penduduk setempat dari terkena radiasi nuklear tersebut.
Operator-operator di Unit 1 loji Fukushima Daiichi telah mengesan kadar radiasi lapan kali ganda di luar dan 1,000 kali ganda di dalam bilik kawalan.Dua reaktor telah hilang keupayaan mengawal tahap kedinginan dan cairan kemungkinan berlaku di salah satu reaktor disebabkan suhu terlalu tinggi, kata Ryohei Shiomi, seorang pegawai di suruhanjaya keselamatan nuklear Jepun.