SEJARAH
Sapporo dari pandangan udara, 1928 (dari Sapporo rekishi chizu, disediakan oleh Sapporo City Cultural Archives Office)
Sapporo yang berasal dari bahasa Ainu iaitu Sa-Poro-Pet (Sa: kering, Poro: besar, Pet: sungai) membawa maksud 'sungai penting yang mengalir melalui dataran'. Pada zaman dahulu, sebelum kota Sapporo dibangunkan, kawasan ini didiami oleh orang Ainu. Namun pada pertengahan tahun 1800-an ketika penghunjung Zaman Edo, sebuah terusan telah dibina di rantau ini untuk menggalakkan penduduk Jepun berhjrah ke kawasan ini . Akhirnya, pada tahun 1868, bandar Sapporo telah ditubuhkan apabila kerajaan Meiji memindahkan ibu kota pulau Hokkaido iaitu dari pelabuhan Hakodate ke Sapporo. Hal ini demikian kerana tanah di Sapporo lebih rata maka ia sesuai untuk pertahanan dan pembangunan bandar. Pada tahun 1870-71, usaha pembangunan Sapporo secara bersepadu mula dilaksanakan dengan bantuan penasihat-penasihat asing, antaranya dari Amerika Syarikat.
Sejurus selepas penubuhan kota Sapporo, Taman Odori telah dibina di pusat kota ini dan menyebabkan kota ini terbahagi kepada dua. Sebahagian daripada kota ini telah dibangunkan mengikut sistem grid berdasarkan sistem Amerika Utara.
Pembukaan laluan kereta api menghubungkan Sapporo ke pelabuhan Otaku pada tahun 1880 merancakkan proses pembandaran di Sapporo. Ini ditambahkan lagi dengan migrasi penduduk-penduduk dari Pulau Honshu ke Sapporo membolehkan kemajuan Sapporo direalisasikan. Pada tahun 1970, penduduk Sapporo kali pertama dalam sejarah mula mencapai 1 juta orang. Kemakmuran Sapporo bertambah sehinggakan populasi Sapporo bertambah menjadi 1.5 juta orang pada tahun 1984.
Kota Sapporo merupakan salah satu daripada bandar-bandar besar negara yang termuda di Jepun. Oleh itu, seni bina di Sapporo kebanyakannya adalah moden dan hanya beberapa bangunan sahaja mempunyai gaya tradisional. Sapporo menjadi terkenal di mata dunia pada tahun 1972 apabila Sukan Olimpik Musim Sejuk telah diadakan di sana. Nama Sapporo juga dikenali menerusi penglibatan bandar ini dalam Piala Dunia FIFA 2002, dan Kejuaraan Dunia FIBA 2006