isu utama di sapporo
Semenjak Sapporo dipegang oleh Fumio Ueda sejak tahun 2003, Ueda sentiasa berhasrat untuk mewujudkan suasana alam sekitar yg bersih dan kurang pencemaran di Sapporo. Antara usaha utama yang dijalankan adalah menetapkan sasaran pengurangan gas rumah haba sebanyak 25% menjelang 2020 melalui visi utamanya, Sapporo Vision for the Promotion of Global Warming Countermeasures yang berjaya digubal lebih kedepan dari undang-undang berkaitan pembangunan kerajaan di peringat kebangsaan Jepun. Pada tahun 2008, Ueda telah memberikan nama Sapporo sebagai "Sapporo, Bandar Alam Sekitar" sebagai satu komitmen utama Ueda dalam menjalankan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di Sapporo. Ueda menekankan pengurangan kebergantungan kepada tenaga, di samping menggalakkan penduduk Sapporo untuk sentiasa menjimatkan tenaga, dan inisiatifnya ditunjukkan melalui penyebarluasan code of conduct (tatacara) mengenai pemeliharaan alam sekitar kepada penduduknya yang juga turut disebarkan dalam bahasa Inggeris, Korea dan Cina.
Impak gempa bumi dan tsunami di Fukushima pada tahun 2011 yang lepas telah mengukuhkan alasan utama Ueda dalam penjagaan alam sekitar dan juga pengurangan impak kegiatan manusia terhadap alam sekitar. Melihatkan kemusnahan utama dan impak alam sekitar yang kritikal yang terpaksa dialami rakyat Fukushima ini, Ueda mula mengubah visinya dalam ketegasannya berhubung polisi pemeliharaan alam sekitar yang dicanangkannya, iaitu 'melahirkan masyarakat yang bebas dari penggunaan nuklear dan mempraktikkan penggunaan teknologi yang boleh diperbaharui'; setakat mana yang boleh dicapai oleh seluruh masyarakat, di samping mengekalkan polisi-polisi yang sedia ada, iaitu pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan kesan rumah haba.
Kelantangan beliau berhubung isu-isu penting alam sekitar dalam kalangan masyarakat sememangnya mendapat perhatian dari pihak IBM - syarikat korporat - menerusi usaha tanggungjawab sosialnya meletakkan Sapporo-shi dalam Projek Smarter Cities Challenge pada tahun 2011. Sapporo-shi diberikan peluang keemasan bersama-sama 100 bandar-bandar dunia yang lain atas faktor melalui usaha mereka sejak dari awal lagi yang juga amat menitikberatkan kesedaran mereka kepada perubahan cuaca sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuklah menetapkan "10 Garis Panduan" dan memberikan keutamaan kuat kepada penduduknya dalam peranan penjagaan alam sekitar ini.
IBM Smarter Cities Programme adalah salah satu usaha IBM dengan kepakaran dan teknologi canggih serta pengalaman yang sangat luas untuk merealisasikan harapan setiap bandar yang terpilih dalam programnya. Sapporo memerlukan usahasama IBM untuk melihatkan secara lebih jelas lagi dalam pembangunan sektor tenaga dalam bahagian-bahagian bandar serta memberikan kefahaman yang kukuh dalam kalangan rakyat Sapporo khasnya berkaitan penggunaaan tenaga dalam memastikan peranan penduduk dalam mengurangkan masalah pelepasan gas rumah haba terjamin. Selepas melalui 3 bulan kerja-kerja pengenalpastian masalah dan rangka bantuan penyelesaian masalah kepada pihak Datuk Bandar Sapporo, akhirnya pihak IBM mencadangkan penambahbaikan dalam bidang kuasa Datuk Bandar, antaranya ketelusan dalam pihak kerajaan tempatan, pendidikan meluas dalam kalangan rakyat serta strategi perhubungan mesej penjagaan alam sekitar secara berterusan dan jelas antara pihak industri serta kerajaan tempatan serta masyarakat, khasnya. Secara ringkasnya, IBM menggesa pihak Datuk Bandar untuk menjalankan pelbagai kajian khasnya berkenaan dengan penemuan sumber-sumber bahan api boleh diperbaharui, memperkenalkan pengurusan data dan analisis berkenaan alam sekitar dan mempergunakan analisis tersebut untuk masa-masa seterusnya, melihat balik polisi kerajaan tempatan mengenai pengurusan alam sekitar serta sistem perhubungan yang cekap kepada lebih 13 juta pelancong ke Sapporo saban tahun mengenai pengurusan alam sekitar agar dapat mengukuhkan Sapporo sebagai pemain utama dalam isu-isu berkaitan alam sekitar dan sekaligus mengukuhkan "Eco-Brand" yang amat dicanangkan oleh Ueda.
Usaha Ueda tidak berakhir di situ sahaja. Pada Julai 2012, pihak kerajaan tempatan Sapporo menggalakkan penggunaan LED dalam mentol-mentol lampu dan peralatan-peralatan berkaitan dengan LED untuk menjimatkan tenaga. Pihak kerajaan tempatan Sapporo mengambil inisiatif demikian dengan memberikan SAPICA, sejenis matawang elektronik untuk diberikan kepada mana-mana penduduk yang berminat untuk membeli barangan-barangan LED untuk dipasang di rumah. Mereka boleh membeli barang-barang tersebut melalui SAPICA berharga 2000 yen untuk 4000-8000 yen dan SAPICA berharga 4000 yen untuk barangan LED melebihi 8000 yen ke atas.