Selamat datang ke Kanagawa!
Kanagawa-ken ialah sebuah wilayah yang terletak di bahagian selatan kawasan Kanto di Honshu, Jepun. Yokohama merupakan ibu kota bagi wilayah ini. Antara bandar penting yang terdapat di sini adalah Kawasaki, Yokosuka dan Kamakura yang juga merupakan pusat keagamaan bagi Kanagawa. Antara produk keluaran Kanagawa termasuklah tanaman bunga serta hasil tenusu dan industri perikanan merupakan industri yang penting di wilayah ini.
Ibu kota kawasan ini iaitu Yokohama juga adalah sebuah kampung nelayan pada suatu masa dahulu dan merupakan bandar kedua terbesar di negara Jepun. Keindahan alam semula jadi dan iklim sederhana selalunya menjanjikan suasana pelancongan yang mendamaikan para pelancong yang inginkan ketenangan daripada kesibukan kota dan tekanan kerja.