Ueda Fumio (上田 文雄)
Fumio Ueda, Datuk Bandar Sapporo
Fumio Ueda memegang tampuk pemerintahan sebagai Datuk Bandar Sapporo buat kali pertama pada tahun 2003. Beliau masih lagi kekal mentadbir Sapporo hinggalah sekarang dengan mengekalkan penguasaannya dalam Pilihan Raya Datuk Bandar pada tahun 2003, 2007 dan 2011 (3 penggal).
Beliau dilahirkan pada 11 Jun 1948 (sekarang usianya 64 tahun) dan merupakan anak jati Makubetsu, daerah Nakagawa di prefektur Hokkaido. Beliau juga bekas pelajar Hokkaido Obihirosanjo High School dan graduan undang-undang dari Universiti Chuo tahun 1972. Beliau pada mulanya berkhidmat sebagai peguam dan pernah menjadi Naib Pengerusi Sapporo Bar Association pada tahun 1994. Beliau juga turut mendapat reputasi tinggi di peringkat kebangsaan dengan menjadi Naib Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Persekutuan Majlis Peguam Jepun (Japan federation of Bar Associations Human Rights Commitee) pada tahun 2001 sebelum menjadi ahli politik sepenuh masa. Beliau mewakili Parti Demokratik Jepun (DPJ). Beliau juga turut menjadi Pengerusi Persatuan Bandar-bandar Musim Sejuk Sedunia (World Winter Cities Association), sebuah persatuan yg terdiri daripada beberapa buah bandar musim sejuk dunia terutamanya dari Jepun sendiri, Korea, Amerika Syarikat, Kanada dan Rusia.