SEJARAH
Kanagawa
telah memainkan peranan penting dalam beberapa tempoh masa yang ketara dalam
sejarah Jepun. Tempoh masa pertama adalah pada tahun 1192, apabila kerajaan
tentera yang pertama telah ditubuhkan di Kamakura. Ini menyebabkan Kanagawa
menjadi pusat untuk adegan politik Jepun. Zen Buddhism yang makmur pada waktu
tersebut telah membawa pengaruh besar terhadap kebudayaan dan masyarakat pada
tempoh waktu yang berikutnya.
Tempoh masa yang kedua bermula pada tahun 1859, apabila Pelabuhan Yokohama telah dibuka kepada seluruh dunia setelah lebih daripada 200 tahun “national isolation”. Sejak itu, Kanagawa telah menjadi gerbang kepada pengenalan tamadun Barat. Seterusnya, dalam 1950-an, ekonomi Jepun dibina semula sejak Perang Dunia II. Seiringan dengan pembangunan “Keihin Industrial Belt”, Kanagawa telah memainkan peranan penting dalam pebinaan semula ekonomi setelah kebinasaan akibat perang.
Bandar Yokohama yang merupakan ibu kota wilayah Kanagawa pada suatu masa dahulu merupakan sebuah perkampungan nelayan. Keadaannya yang kini serba moden dibentuk kesan daripada sejarahnya sebagai antara tempat yang pertama dibuka kepada orang asing apabila menghampiri penghujung zaman Edo. Pada 1850-an, Jepun mengakhiri zaman "national isolation" di bawah tekanan daripada pihak American Commodore Matthew Perry. Yokohama menjadi pusat di mana pedagang asing tinggal dan bekerja, seterusnya menjadikan ia sebuah tempat yang pesat membangun sebagai salah sebuah Bandar Pelabuhan terkemuka dan utama di Jepun.
Yokohama, Kawasaki dan beberapa Bandar utama yang lain pernah musnah teruk akibat daripada pengeboman oleh Amerika Syarikat pada tahun 1945. Bilangan mangsa yang terkorban dijangka melebihi beberapa ribu orang. Selepas pengeboman, Jeneral Douglas MacArthur, ketua untuk Komander Tertinggi Pasukan Berikat dalam menduduki Jepun, berhenti di Kanagawa sebelum berpindah ke kawasan lain. Pengkalan tentera Amerika Syarikat masih kekal di Kanagawa, termasuklah Camp Zama (Tentera), Yokosuka Naval Base, dan Naval Air Station Atsugi (Tentera Laut).