Terdapat banyak implikasi yang timbul akibat daripada Radiasi Nuklear di Fukushima Daiichi. Antaranya adalah :
Perindustrian.
Ekonomi.
Kesihatan.
Perindustrian.
- Aktiviti perindustrian akan terjejas kerana banyak kilang akan ditutup buat sementara waktu di kawasan tersebut karana ramai para pekerja terpaksa dipindah ke kawasan yang selamat agar mereka tidak terkena akan radiasi tersebut.
- Tambahan lagi, produk yang di hasilkan di kawasan tersebut tidak dapat untuk dihasilkan kerana banyak kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut musnah ekoran daripada bencana tersebut.
Ekonomi.
- Ekonomi di Jepun juga akan terjejas kerana para pelancong akan berasa takut untuk melawati Jepun.
- Hal ini demikian kerana, para pelancong kuatir yang mana mereka akan terdedah terhadap radiasi tersebut.
- Tambahan lagi, aktiviti perikanan yang sering kali dijalankan di perairan Jepun akan behenti buat sementara waktu kerana para saintis mengatakan bahawa ada kemungkinan bahawa hasil laut di kawasan Fukushima juga terkena kesan daripada radiasi tersebut.
Kesihatan.
- Pihak saintis juga mengatakan bahawa besar kemungkinan bahawa penduduk setempat akan menerima kesan radiasi tersebut terutamanya kanak-kanak.
- Oleh itu, ibu bapa telah dinasihatkan oleh pihak kerajaan agar tidak memberi anak mereka minum air paip kerana dikhuatiri air tersebut sudah tercemar.
- Bukan manusia sahaja yang menerima kesan daripada radiasi tersebut bahkan haiwan juga. Terdapat pakar zoologist telah menyatakan haiwan juga telah menerima tempias akibat daripada radiasi tersebut. Contohnya arnab dan juga kupu-kupu yang mana sifat fizikal mereka telah berubah. Lihat photo yang kami sediakn yang di upload daripada laman sesawang :)