Yōkoso Sapporo e~
Kunjungan anda ke negara Matahari Terbit tidak semestinya lengkap jika anda tidak cuba untuk mengambil peluang sekali seumur-hidup anda ke pulau Hokkaido, pulau paling utara dalam Kepulauan Jepun.
Pulau Hokkaido yang terletak dalam prefektur Hokkaido-do ini memiliki keluasan 1/5 dari jumlah keluasan Jepun itu sendiri (83,408 km). Dianugerahkan dengan flora dan fauna yang tidak pernah terusik dek kerakusan manusia, serta pemandangan gunung-ganang, hutan-hutan bermusim, ladang-ladang bunga yang cantik dan kebudayaan orang Ainu yang kekal terpelihara, sememangnya orang Jepun sendiri tidak dapat menahan diri mereka untuk datang ke pulau ini untuk melepaskan diri dari kongkongan kerja setiap minggu.
Kali ini kita lebih memfokuskan perhatian kita pada ibu negeri prefektur ini, iaitu Sapporo-shi (secara literal bermaksud bandar Sapporo). Antara bandar kelima terbesar di Jepun yang paling pesat membangun di utara Jepun, dengan jumlah penduduk 1,927,507 orang (diambil pada 1 Jun 2012), Sapporo mempunyai tarikannya yang cukup tersendiri. Video di bawah ini mungkin dapat meberikan sedikit pengenalan tentang Sapporo-shi ini.