isu global
14 februari 2013 - sekolah pro-pyongyang di kanagawa dan saitama kehilangan subsidi berikutan ujian nuklear korea utara
Kerajaan Kanagawa dan Saitama membuat keputusan untuk tidak akan memberi subsidi kepada sekolah-sekolah pro-Pyongyang pada tahun ini berikutan ujian nuklear yang dijalankan oleh Korea Utara tempoh hari. Sejak tahun 1977 lagi Kanagawa telah menawarkan subsidi kepada sekolah-sekolah ini dan keputusan ini adalah signifikan memandangkan ini merupakan kali pertama prefektur tersebut menyekat subsidi ini. “Sekiranya pemberian subsidi kepada sekolah-sekolah ini yang menerima pengaruh kuat daripada Korea Utara diteruskan, adalah amat sukar untuk mendapatkan kerjasama rakyat,” kata Yuji Kuroiwa, Gabenor Kanagawa. Beliau menyatakan bahawa ujian nuklear tersebut adalah perbuatan yang terburu-buru dan tidak bertanggungjawab. Beliau juga mengumumkan bahawa subsidi berjumlah 63 juta yen tidak akan dimasukkan ke dalam belanjawan 2013 prefektur tersebut. Sebuah sekolah tinggi pro-Pyongyang di Kanagawa telah menyatakan ketidakpuashatian mengenai perkara tersebut dan berkata ia adalah tidak relevan. Hal ini membawa kepada tindakan kerajaan tersebut yang mengenakan sekatan ke atas kemasukan semula pegawai kanan Pertubuhan Umum Rakyat Korea atau Chongryon, sebuah organisasi pro-Korea Utara. Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan, Russia dan China juga membanteras ujian nuklear tersebut.
Sementara itu, Wakil Rakyat Kawasaki, Takao Abe mengumumkan pada satu sidang media yang diadakan semalam, untuk menghentikan pemberian subsidi kepada sekolah-sekolah pro-Pyongyang ini dan sebaliknya, akan memberikan buku-buku yang telah ditulis oleh ibu bapa mangsa-mangsa penculikan Korea Utara. Antaranya, buku yang ditulis oleh Shigeru Yokota, 80, dan isterinya, Sakie, 77, yang merupakan bapa dan ibu kepada Megumi yang telah menjadi pengintip Korea Utara pada 1977 semasa berumur 13 tahun. Untuk membeli buku-buku tersebut, kerajaan telah membelanjakan wang sebanyak 3 juta yen ($32,000). Menurut Abe, tindakan ini adalah untuk menunjukkan tanda protes terhadap ujian nuklear Korea Utara yang dijalankan pada awal bulan tersebut, dan juga menjalankan kempen selamatkan mangsa penculikan Korea Utara.

isu tempatan
23 februari 2013
Seorang lelaki berumur 40 tahun ditangkap kerana menyelinap masuk ke dalam sebuah sekolah di Kanagawa dan mencuri hampir 90 pasang uniform pelajar perempuan, termasuk uniform pasukan sorak. Pesalah tersebut yang dikenali sebagai Yasushi Uehara juga telah dituduh mencuri pakaian pelajar perempuan di sekolah di prefektur lain termasuk Tokyo, Saitama, Shiga dan Nara.
3 mei 2013
2 orang pelajar perempuan berumur 13 tahun yang telah ditahan kerana melakukan vandalisme di sekolah mereka di Odawara, Kanagawa dan menyebabkan kerugian sebanyak 490,000 yen (US$5,000) pada 4 Februari lalu menyatakan kepada pihak polis bahawa mereka mendapat inspirasi untuk melakukan perbuatan tersebut daripada manga. Disebabkan mereka tidak menyatakan dengan jelas tentang manga yang dimaksudkan, dan kerana perbuatan vandalisme mereka tidak menyamai mana-mana manga dengan tepat, telah berlaku perdebatan tentang manga yang manakah yang memberi inspirasi kepada mereka. Ramai yang mengatakan ia adalah “Flowers of Evil” dan ada juga mengatakan ia adalah “GTO”.