Banjaran Gunung Moiwa
Dengan ketinggian 531m, tempat ini menjadi kawasan pelancongan di Sapporo dengan mempunyai pemandangan yang indah. Kawasan ini terkenal dengan keindahan alam semula jadi. Tempat ini popular di kalangan pelancong sepanjang tahun untuk pemandangan hijau, pemandangan ketika musim luruh dan musim sejuk. Pusat Sapporo,Teluk Ishikari dan Gunung Shokanbetsu di Mashike dapat dilihat di dek pemerhatian.
Untuk tiba ke puncak, pengunjung boleh memandu sehingga Banjaran Moiwa Sightseeing Road, dan mendaki mana-mana empat laluan mendaki. Jika bernasib baik, pengunjung dapat melihat musang Yezo. Cara lain ialah dengan menaiki gondola yang menghubungkan dengan bas ulang –alik percuma ke atas. |
Menara Jam Sapporo
Menara jam Sapporo telah dibina pada Oktober 1878 sebagai dewan bekas Kolej Pertanian Sapporo, kini ialah Universiti Hokkaido. Menara ini direka oleh Professor William Wheeler. Beliau mengambil laih sebagai Naib Presiden selepas Dr.William S. Clark. Bangunan ini adalah bangunan kayu mempunyai struktur belon-bingkai. Jam besar mempunyai empat muka dan digerak oleh pemberat. Pelekat kayu dengan kaligrafi “enbujo” yang membawa maksud "drill hall" digantung di atas pintu masuk utama. |
Taman Odori
|
Taman Odori membahagikan pusat bandar kepada utara dan selatan. Kawasan yang panjangnya 1.5km, meliputi 12 blok termasuk Menara TV. Di dalam taman ini, terdapat banyak tarikan seperti monumen, karya seni, air pancut dan keindahan bunga dan pohon. Kira-kira terdapat 92 spesis pohon seperti lilacs, elms, zelkovas Jepun, azaleas dan 50 pokok ceri di taman ini. Terdapat juga pelbagai arca di taman ini seperti Hana no Boshi Zo, Kaitaku no Hana no Zo, Kofu no Zo dan lain –lain lagi. |
Menara TV Sapporo
Dengan ketinggian 147.2m, Menara TV Sapporo adalah salah satu mercu tanda di hujung timur Taman Odori. Menara ini dibina pada tahun 1957 sebagai sebuah menara radio. Kini, menara ini menjadi tempat bersiar-siaryangmenempatkan dek pemerhatian, kedai cenderamata dan restoran. Ketinggian dek pemerhatian adalah 90m dan pengunjung dapat menikmati pemandangan bangunan-bangunan di pusat Sapporo,Taman Odori, panorama Gunung di kawasan Teine dan Teluk Ishikari. |
|
Taman Shiroi Koibito
|
Taman Shiroi Koibito adalah kawasan yang terkenal dengan biskutnya. Di sini, terdapat kilang biskut di mana produk Shiroi Koibito dihasilkan. Pengunjung dapat melihat bagaimana produk ini dihasilkan. Pengunjung juga cuba membuat gula-gula. |
Stadium Lompat Ski Okura
Pemandangan seluruh Ishikari Plain dapat dilihat dari titik permulaan dengan ketinggian 300m. Muzium Sukan Musim Sejuk Sapporo juga ada di sini untuk memperkenalkan sejarah sukan musim sejuk. Di sini juga terdapat simulator yang mana pengunjung boleh merasai sukan musim sejuk seperti melompat ski. |
|
Bukit Hitsujigaoka
|
Dari bukit ini, dapat dilihat pemandangan Dataran Ishikari, di mana Sapporo berdiri. Terdapat juga biri-biri meragut di bukit ini. Perbezaan di antara pemandangan luar Bandar yang indah dan Bandar Sapporo menjadikan Bukit Hitsujigaoka menjadi salah satu tempat pelancongan utama.
Terdapat patung Dr. Clark di tengah bukit ini. Tempat ini menjadi lokasi kegemaran untuk bergambar. Kata-kata Dr.Clark, “Boys, be ambitious!” terdapat di bahagian tapak patung tersebut .Dewan Perkahwinan Hitsujigaoka iaitu bangunan putih yang dikelilingi dengan kehijauan juga terdapat di sini. Pengunjung juga boleh menikmati daging kambing serabi di sini sambil menikmati pemandangan. Muzium Festival Salji Sapporo juga terletak di sini. |
Taman Moerenuma
Taman Moerenuma dirancang sebagai taman utama dalam Projek Greenbelt “Kanjo Dream”. Projek ini bertujuan untuk membina taman-taman dan kawasan hijau di tengah-tengah Sapporo. Reka bentuk asa taman ini telah direka pada tahun 1988 oleh Isamu Noguchi. Taman ini dibuka pada bulan Julai 2005.
Sakura-no-Mori (Hutan Sakura) mempunyai pelbagai jenis peralatan taman permainan. Terdapat juga Pantai Moere, “Play Mountain”,”tetra Mount” dan air pancut yang tinggi. Satu keunikan di sini ialah pyramid kaca iaitu Hidamari. |
|
Bekas Bangunan Pejabat Kerajaan Hokkaido
|
Bekas Bangunan Pejabat Kerajaan Hokkaido yang digelar Akarenga atau “redbrick”, telah dibina pada tahun 1888 dengan gaya Neo-Baraque. Bangunan ini adalah contoh seni bina Meiji. Perkarangan bangunan ini dipenuhi dengan kehijauan dan menjadi tarikan untuk pelancong. Terdapat satu penanda batu di sebelah utara bangunan itu menunjukkan pelan lantai ibu pejabat Suruhanjaya Pembangunan Hokkaido yang berada di bangunan ini. Arkib Hokkaido di dalam bangunan ini adalah terbuka kepada pengunjung.
|
Muzium Bir Sapporo
Muzium Bir Sapporo adalah satu-satunya muzium bir di Jepun. Muzium ini terletak di Higashi-ku. Bangunan ini asalnya telah dibina sebagai sebuah kilang untuk syarikat Sapporo Seito, syarikat gula, pada tahun 1890. Bangunan ini dibina mengunakan bata merah, seperti Bekas Bangunan Pejabat Kerajaan Hokkaido, yang menjadi aset budaya yang bernilai.
|
Menara Dek Permerhatian JR
|
Dek pemerhatian ini terletak di tingkat teratas, iaitu tingkat 38, Menara JR. Menara JR menempatan kompleks komersial yang mempunyai kedai, restoran, dan hotel. Dari dek dengan ketinggian 160m, pengunjung dapat menikmati panorama 360 darjah yang mengagumkan.
|
Kawasan Ski Bankei
Kawasan ski Bankei terletak berhampiran dengan pusat Bandar Sapporo. Tempat ini dibuka sehingga malam dan pengunung dapat menikmati pemandangan malam yang indah dari atas gunung. Tempat ski ini sesuai untuk pengunjung yang baru mula dengan sukan ski. Tempat ski ini juga mempunyai laluan ski untuk pemain yang handal. Terdapat juga ruang untuk kanak-kanak bermain, sesuai bagi pengunjung yang dating bersama keluarga.
|
|