Fukushima dua tahun selepas Tsunami
Tahun 2013 ini merupakan tahun kedua selepas terjadinya Tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac 2011, adapun kurang lebih 19.000 orang mati dalam bencana ini. Tsunami ini juga melanda beberapa prefektur seperti Fukushima, Miyagi, Chiba dan Iwate. Gempa bumi yang terjadi di Jepun ini merupakan gempa bumi terdahsyat dengan magintud 9.0 serta ianya juga merupakan gempa bumi terkuat kelima di dunia. Kerugian yang paling teruk dalam bencana ini ialah kebocoran reactor nuklir di Fukushima Daichi, selain daripada itu juga radioaktif akibat kebocoran tersebut masih membawa kesan yang buruk terhadap kawasan Fukushima dan dipercayai areal tanah di sekitar reactor tersebut tidak dapat di Tanami sayur dan tanaman lainnya. dalam hal ini juga kerajaan Jepun berusaha membaik pulih keadaan dan melakukan pembangunan semula terhadap kawasan yang hancur akibat gempa bumi dan Tsunami. Sehingga hari ini pun usaha pembaikpulih kerosakan dan kehancuran masih dilaksanakan. Disini terdapat beberapa gambar yang menunjukkan usaha pemerintah dalam membersihkan kawasan yang hancur ataupun rusak ketika tsunami berlansung, dalam gambar ini pula ianya diambil dalam 2 tahun terakhir ini dimana ketika terjadinya tsunami, 1 tahun dan 2 tahun selepas terjadinya bencana tersebut.
Bandar Iwaki, Fukushima
gambar pertama diambil pada 11 mac 2011 dan gambar di bawahnya diambil satu tahun selepas tsunami berlaku iaitu pada 7 Mac 2012.
Reaktor Nuklear, Fukushima Daichi
Gambar pertama menunjukkan keadaan reaktor nuklear Fukushima Daichi satu tahun selepas Tsunami iaitu gambar diambil pada 26 Februari 2012. sedangkan gambar kedua menunjukkan keadaan reaktor ketika sebelum gempa bumi dan Tsunami melanda Jepun, gambar tersebut diambil pada tahun 2008.
Kawasan Minamisoma, Fukushima
Dalam gambar ini tsunami melanda kawasan Minamisoma, Fukushima. Gambar pertama diambil pada 12 Mac 2011, kedua pada 11 Januari 2012 dan 17 Februari 2013.