Fukushima merupakan salah satu prefektur Jepun yang banyak menyumbang kepada pendapatan Kerajaan Tempatan Jepun. Terdapat pelbagai sumber ekonomi yang dihasilkan oleh Fukushima.Antaranya ialah :
Perindustrian.
Perindustrian.
- Fukushima merupakan kawasan perindustrian yang banyak menghasilkan barangan elektronik.
- Hal ini demikian kerana, kawasan tersebut merupakan kawasan yang memiliki dearah yang mempunyai kawasan tanah yang datar.
- Oleh itu, kawasan tersebut telah dijadikan kawasan perindustrian seperti Shah Alam dan Sungai Way (Selangor) kerana untuk mendirikan kawasan perindustrian di kawasan tersebut tidak memerlukan jumlah peruntukan yang besar daripada kawasan yang bergunung serta berpantai.
- Selain itu, Fukushima juga merupakan kawasan yang telah dijadikan sebagai kawasan pertanian.
- Hal ini demikian kerana, aktiviti pertanian merupakan aktiviti ekonomi yang penting di Jepun.
- Sejak dari dahulu lagi, Jepun telah menjadikan aktiviti pertanian sebagai sumber ekonomi bagi negara Jepun sehingga menyebabkan aktiviti ini tidak dapat dihapuskan.
- Tambahan lagi, aktiviti pertanian juga amat penting di Fukushima kerana untuk menampung makanan asasi masyarakat Jepun di sana.
- Tambahan lagi, di Fukushima mempunyai daerah yang bernama Nakadori yang mana merupakan kawasan yang sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian kerana memiliki tanah yang subur.
- Fukushima juga merupakan antara prefektur Jepun yang mempunyai aktiviti perhotelan yang terkenal selain daripada Tokyo dan juga Okinawa.
- Selain itu, aktiviti perhotelan boleh dijalankan di Fukushima kerana di prefektur ini terdapat satu derah ynag memiliki kawasan pemandangan yang cantik yang mampu memikat mata si penglihat.
- Daerah tersebut ialah Aizu yang mana kawasan hutan yang tebal serta mempuanyai musim dingin yang bersalji .
- Fukushima juga memiliki kawasan pantai yang mempunyai zon ikan yang menyebabkan kawasan tersebut telah dijadikan sebagai kawasan menangkap ikan.
- Selain itu, kawasan tersebut menjadikan kawasan pembiakan ikan kerana mempunyai zon plankton yang banyak. Plankton mampu untuk membiak di kawasan tersebut kerana kawasan pantai di Fukushima merupakan kawasan pertembungan suhu laut yang panas dan sejuk sehingga telah menyebabkan kawasan tersebut sesuai untuk pembiakan plankton.