GEOGRAFI DAN DEMOGRAFI KYOTO
GEOGRAFI
Kyoto terletak di sebuah lembah di Lembangan Yamashiro (atau Kyoto), di bahagian timur kawasan pergunungan yang dikenali sebagai tanah tinggi Tamba. Lembangan Yamashiro dikelilingi di tiga sisi oleh gunung-gunung Higashiyama, Kitayama dan Nishiyama, pada ketinggian 1000m atas paras laut. Kedudukan pedalaman ini mengalami musim panas yang panas dan musim sejuk yang sejuk. Dalam lembangan ini ada tiga batang sungai, iaitu Sungai Uji di selatan, Sungai Katsura di barat, dan Sungai Kamo di timur. Bandaraya Kyoto meliputi 1.9% tanah wilayahnya dengan keluasan 827.9 kilometer persegi (319.7 batu²).
Kota asalnya disusun mengikut ilmu geomansi Cina tradisional yang mencontohi ibu kota lama negara China, Chang'an (kini Xi'an). Istana Diraja menghadap ke arah selatan, maka Ukyō (sektor kanan ibu kota) berada di barar manakala Sakyō (sektor kiri) terletak di timur. Jalan-jalan di wad-wad Nakagyō, Shimogyō, dan Kamigyō masa kini masih mengikut pola grid.
Kini, daerah pusat perdagangannya terletak di selatan Istana Diraja lama, dengan kawasan utara yang kurang penduduknya mengekalkan suasana yang serba kehijauan. Kawasan-kawasan sekelilingnya tidak mengikuti pola grid yang sama seperti pusat bandaraya, namun semua jalan-jalan di Kyoto diberikan nama.
Kyoto terletak di atas sebidang muka air tanah semula jadi yang membekalkan air tawar kepada seluruh kota melalui perigi. Kesan pembandaran besar-besaran, jumlah hujan yang menyalir ke dalam muka air tanah ini semakin berkurangan dan perigi-perigi di seluruh kawasan semakin cepat mengering.
DEMOGRAFI
Mengikut sejarah, Kyoto adalah Bandar terbesar di Jepun yang kemudiannya diatasi oleh Osaka dan Edo (Tokyo) pada penghujung kurun ke-16. Pada zaman prapeperangan, Kyoto saling berubah tempat dengan Kobe dan Nagoya dari kedudukan ke-4 dan ke-5 dalam kategori bandar terbesar di Jepun. Pada 1947, Kyoto kembali menduduki kedudukan ke-3, akan tetapi bilangan penduduknya telah berkurangan. Menjelang 1960, Kyoto telah jatuh ke kedudukan ke-5 semula dan pada 1990 bandar tersebut telah jatuh ke kedudukan ke-7. Pada 2012,Kyoto telah jatuh ke kedudukan ke-8 dalam kategori Bandar terbesar dan jika keadaan ini berterusan Kyoto akan jatuh ke kedudukan ke-9 di belakang bandar Kawasaki.