YOKOSO KOBE E (^_^)Y
KOBE CITY
Kobe (Kobe-shi) adalah ibu kota di Prefektur Hyogo yang terletak di rantau kawasan Kansai ke barat Osaka. Bandar pelabuhan yang terkemuka di Jepun ini mempunyai populasi penduduk kira-kira 1.5 juta yang menggunakan dialek Kansai dalam pergaulan harian. Kobe merupakan salah satu banda-bandar pertama yang menjalinkan hubungan perdangangan dengan dunia Barat pada tahun 1868. Sehubungan dengan itu, Kobe dikenali sebagai bandar pelabuhan kosmopolitan. Selaras dengan reputasi ini, Kobe mempunyai penduduk asing hampir 45,000 dari 126 buah negara.
Bandar ini menempatkan ibu pejabat Asia atau Jepun untuk beberapa syarikat gergasi seperti Procter&Gamble (P&G) dan Nestle. ‘Kobe beef’ merupakan antara tarikan pelancongan di bandar ini dan juga terkenal dengan Arima onsen (hot spring), Kuil Ikuta serta Kobe Port Tower.
Bandar ini telah terjejas teruk disebabkan gempa bumi Great Hanshin pada tahun 1995, di mana lebih 5000 penduduk kehilangan nyawa mereka.

PEMBAHAGIAN PEMERINTAHAN DI JEPUN
Jepun dibahagikan kepada 10 kawasan lingkungan dan 47 buah wilayah yang ditadbir bebas dari kuasa kerajaan pusat. Kobe terletak di kawasan Kansai di wilayah Hyogo.