PENGENALAN
Tokyo atau lebih dikenali sebagai Kota Metropolis Tokyo, merupakan salah satu daripada 47 wilayah di Jepun, yang terletak di bahagian timur pulau Honshu. Metropolis ini terbentuk pada tahun 1943 hasil penggabungan bekas Wilayah Tokyo (Tokyo-fu) dan bandaraya Tokyo.Tokyo adalah ibu negara dan merupakan bandaraya terbesar di Jepun. Kerajaan Metropolitan Tokyo mentadbir kesemua 23 wad khas di Tokyo, setiap satunya ditadbir sebagai bandaraya yang meliputi kawasan bekas bandaraya Tokyo dan juga 39 kawasan perbandaran di bahagian barat wilayah Tokyo dan dua kepulauan luar.
Jumlah penduduk kesemua wad khas adalah melebihi 8 juta orang, manakala jumlah keseluruhan penduduk wilayah Tokyo mencecah 13.189 juta pada tahun 2011. Wilayah ini merupakan pusat Tokyo Raya, yang merupakan kawasan metropolitan yang teramai penduduk di dunia populasi 35–39 juta orang serta ekonomi metropolitan terbesar di dunia buat masa dengan KDNK bernilai US $ 1479 bilion pada 2008.
SEJARAH
Tokyo asalnya merupakan perkampungan perikanan kecil yang bernama Edo. Pada tahun 1457, Ōta Dōkan membina Istana Edo. Pada tahun 1590, Tokugawa Ieyasu berpangkalan di Edo, dan sebaik sahaja menjadi shogun pada tahun 1603, bandar ini menjadi pusat pentadbiran tenteranya. Pada zaman Edo, Edo menjadi salah sebuah bandaraya terbesar di dunia dengan jumlah penduduk mencapai sejuta orang menjelang abad ke-18.
Edo menjadi ibu negara Jepun walaupun maharaja bersemayam di Kyoto, ibu kota diraja. Selepas kira-kira 263 tahun, kerajaan shogun digulingkan di bawah bendera pemulihan pemerintahan maharaja. Pada tahun 1869, apabila Maharaja Meiji berpindah ke Edo pada usia 17 tahun, Tokyo merupakan pusat politik dan kebudayaan negara, kemudian dijadikan ibu kota diraja. Bandaraya Tokyo ditubuhkan lalu, kekal sebagai ibu negara sehingga taraf perbandarannya dimansuhkan pada tahun 1943 untuk digabungkan dengan "Wilayah Metropolitan" Tokyo.
Tokyo mengalami dua malapetaka hebat pada abad ke-20 pertama ialah gempa bumi besar Kantō 1923 yang menyebabkan 140,000 penduduk maut dan hilang, dan yang kedua ialah Perang Dunia Kedua, ketika Tokyo dibedil bertubi-tubi pada tahun 1944 dan 1945, menyebabkan 75,000 hingga 200,000 orang terbunuh dan separuh bandaraya musnah, lebih kurang sedahsyat jumlah kesan pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. Kesanya, wujud sehingga ke hari ini.
Selepas perang, Tokyo dibina semula sepenuhnya,dan Sukan Olimpik Tokyo diadakan pada tahun 1964. Pada tahun 1970-an adalah era pembangunan Sunshine 60, pembinaan lapangan terbang baru di Narita pada tahun 1978, dan jumlah penduduk meningkat secara mendadak kepada kira-kira 11 juta
Rangkaian kereta api bawah tanah dan komuter Tokyo menjadi antara yang tersibuk di dunia kerana semakin ramai orang yang berpindah ke kawasan Tokyo. Pada 1980-an, harga harta tanah naik dengan begitu tinggi dalam gelembung hartanah dan hutang (bubble economy). Setelah gelembung itu meletup pada 1990-an, banyak syarikat, bank, dan orang ramai didapati berhutang apabila kejatuhan nilai harta tanah, dan disusuli kemelesetan besar yang menjadikan 1990-an sebagai "sedekad hilang" di Jepun.