Great Hanshin Earthquake
Great Hanshin Earthquake atau dikenali sebagai gempa bumi Kobe yang terjadi pada 17 Januari 1995 merupakan bencana yang dasyat yang berlaku pada abad ke-20 selepas gempa bumi Great Kanto(1923). Gempa bumi ini yang berukuran 7.2 skala richter berlaku di bahagian selatan Hyogo yang mengorbankan hampir 6500 penduduk kira-kira dalam masa 20 saat.
Gempa bumi ini berpusat 20km dari bandar di hujung utara Pulau Awaji di Hyogo Prefecture dan menyebabkan hampir $100 billion kemusnahan . Kesan utama iaitu kerosakan 150,000 bangunan, keruntuhan 1 km dari Lebuhraya Hanshin, kemusnahan di pelabuhan Kobe, dan kebakaran yang tercetus di sebahagian bandar besar. Gangguan bekalan elektrik juga berlaku. Kira-kira 22 peratus daripada pejabat-pejabat di daerah pusat perniagaan tidak boleh digunakan, dan lebih separuh daripada rumah-rumah di kawasan itu tidak boleh didiami. Kerosakan lebuh raya dan kereta api bawah tanah dan keruntuhan Hanshin Expressway menjadi muka depan akhbar-akhbar di seluruh dunia.