GEOGRAFI
Kanagawa-ken adalah sebuah wilayah yang terletak di bahagian selatan kanto di Honshu, Jepun. Kanagawa berada di antara Tokyo di utara, Gunung Fuji di barat laut, Teluk Sagami di selatan dan Teluk Tokyo di timur. Bahagian timur Kanagawa adalah kawasan rata yang padat dengan penduduk. Antara kawasan yang terletak di timur Kanagawa adalah bandaraya-bandaraya pelabuhan yang besar seperti Yokohama dan Kawasaki. Kawasan tenggara Kawasaki iaitu berdekatan dengan semenanjung Miura pula kurang kepadatan penduduk. Kawasaki adalah antara bandaraya di kawasan tenggara yang menjadi tarikan pelancong yang ingin melawat kuil-kuil. Wilayah Kanagawa adalah seluas 2415.42km2 iaitu kira-kira 0.64% dari luas keseluruhan Jepun. Wilayah ini berada di tangga ke-43 di Jepun dari segi keluasan kawasan namun tangga ke-2 dari segi populasi penduduk.
Dari segi topografi, wilayah Kanagawa terbentuk dari tiga kawasan berbeza. Kawasan barat Kanagawa bergunung-ganang dengan Banjaran Gunung Tanzawa dan Gunung Berapi Hakone. Kawasan timur pula berbukit-bukau dapat dilihat dengan Perbukitan Tama dan Semenanjung Miura. Kawasan tengah pula mengelilingi Perbukitan Tama dan Semenanjung Miura, terdiri daripada teres sungai rata dan tanah pamah di sekitar sungai-sungai besar termasuk Sungai Sagami, Sungai Sakai, Sungai Tsurumi, dan Sungai Tama. Sungai Tama membentuk kebanyakan sempadan Kanagawa dengan Tokyo, Sungai Sagami mengalir melalui tengah-tengah wilayah manakala di kawasan barat, sungai Sakawa melalui Tanah Pamah Sakawa dan mengalir ke Teluk Sagami.

Bandaraya di kanagawa
Terdapat sembilan belas bandaraya di Kanagawa iaitu:
BANDAR DAN KAMPUNG
1. Daerah Aiko
- Atsugi
- Ayase
- Chigasaki
- Ebina
- Fujisawa
- Hadano
- Hiratsuka
- Isehara
- Kamakura
- Kawasaki (Terbahagi kepada 7 ward; Asao-ku, kawasaki-ku, Miyamae-ku, Nakahara-ku, Saiwai-ku, Takatsu-ku, dan tama-ku)
- Minamiashigara
- Miura
- Odawara
- Sagamihara (Terbahagi kepada 3 ward; Chuo-ku, Midori-ku dan Minami-ku)
- Yamato
- Yokohama ( Terbahagi kepada 18 ward; Aoba-ku, Asahi-ku, Hodogaya-ku, Isogo-ku, Izumi-ku, Kanagawa-ku, Kanazawa-ku, Kohoku-ku, Konan-ku, Midori-ku, Minami-ku, Naka-ku, Nishi-ku, Sakae-ku, Seya-ku, Totsuka-ku, Tsuzuki-ku, dan Tsurumi-ku)
- Yokosuka
- Zama
- Zushi
BANDAR DAN KAMPUNG
1. Daerah Aiko
- Aikawa
- Kiyokawa
- Kaisei
- Matsuda
- Nakai
- Oi
- Yamakita
- Hakone
- Manazuru
- Yugawara
- Samukawa
- Hayama
- Ninomiya
- Oiso