Tokyo..
Tokyo (東京) secara rasminya dikenali sebagai Metropolis Tokyo ialah salah satu daripada 47 wilayah di Jepun. Ia terletak di bahagian timur pulau utama Honshu, dan merangkumi Kepulauan Izu dan Kepulauan Ogasawara. Metropolis Tokyo terbentuk pada tahun 1943 hasil penggabungan bekas Wilayah Tokyo (Tokyo-fu) dan bandaraya Tokyo.
Kerajaan Metropolitan Tokyo mentadbir kesemua 23 wad khas di Tokyo, setiap satunya ditadbir sebagai bandaraya yang meliputi kawasan bekas bandaraya Tokyo dan juga 39 kawasan perbandaran di bahagian barat wilayah dan dua kepulauan luar. Jumlah penduduk kesemua wad khas adalah lebih 8 juta orang, manakala jumlah keseluruhan penduduk wilayah Tokyo mencecah 12 juta. Wilayah ini merupakan pusat Tokyo Raya, iaitu kawasan metropolitan yang teramai penduduk di dunia dengan sejumlah 35–39 juta orang serta ekonomi metropolitan terbesar di dunia dengan KDNK bernilai US$1.479 trilion pada tahun 2008.
SEJARAH TOKYO
Tokyo asalnya merupakan perkampungan perikanan kecil yang bernama Edo. Pada tahun 1457, Ota Dokan membina Istana Edo. Pada tahun 1590, Tokugawa Ieyasu berpangkalan di Edo, dan sebaik sahaja menjadi shogun pada tahun 1603, bandar ini menjadi pusat pentadbiran tenteranya untuk seluruh negara. Pada zaman Edo, Edo menjadi salah sebuah bandaraya terbesar di dunia dengan jumlah penduduk mencapai sejuta orang menjelang abad ke-18.
Edo menjadi ibu negara de facto di Jepun sungguhpun maharaja bersemayam di Kyoto, ibu kota diraja. Selepas kira-kira 263 tahun, kerajaan shogun digulingkan di bawah bendera pemulihan pemerintahan maharaja.Pada tahun 1869, ketika Maharaja Meiji berpindah ke Edo pada usia 17 tahun, Tokyo sudah menjadi pusat politik dan kebudayaan negara, kemudian dijadikan ibu kota diraja de facto oleh istana di samping bekas Istana Edo menjadi Istana Diraja. Bandaraya Tokyo ditubuhkan lalu kekal sebagai ibu negara sehingga taraf perbandarannya dimansuhkan pada tahun 1943 untuk digabungkan dengan "Wilayah Metropolitan" Tokyo.
Malangnya, Tokyo mengalami dua malapetaka hebat pada abad ke-20, tetapi mujurlah ia sempat pulih daripada kedua-duanya. Yang pertama ialah gempa bumi besar di Kanto pada 1923 yang menyebabkan 140,000 penduduk maut atau hilang,dan yang kedua ialah Perang Dunia Kedua, ketika Tokyo dibedil bertubi-tubi pada tahun 1944 dan 1945, menyebabkan 75,000 hingga 200,000 orang terbunuh dan separuh bandaraya musnah, lebih kurang dengan jumlah kesan pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki.
Selepas perang, Tokyo dibina semula sepenuhnya, dan hebat di mata dunia ketika Sukan Olimpik Tokyo 1964. Zaman 1970-an menyaksikan pembangunan bertingkat tinggi seperti Sunshine 60, pembinaan lapangan terbang baru yang menjadi kontroversi di Narita (yang agak jauh dari sempadan bandaraya) pada tahun 1978, dan jumlah penduduk meningkat kepada kira-kira 11 juta (dalam lingkungan kawasan metropolitan).
Rangkaian kereta api bawah tanah dan komuter Tokyo menjadi antara yang tersibuk di dunia kerana semakin ramai orang yang berpindah ke kawasan Tokyo. Pada 1980-an, harga harta melambung naik dalam gelembung hartanah dan hutang. Setelah gelembung itu meletup pada 1990-an, banyak syarikat, bank, dan orang ramai didapati berhutang.ia disebabkan gadai janji di sebalik kejatuhan nilai harta tanah, sehingga disusuli kemelesetan besar yang menjadikan 1990-an sebagai "sedekad hilang" di Jepun tetapi kemudian beransur-ansur pulih.
Projek penebusgunaan tanah di Tokyo juga berterusan selama berabad-abad lamanya, terutamanya di kawasan Odaiba yang dijadikan kawasan beli-belah dan hiburan utama.