Ekonomi utama di Sapporo adalah industri pelancongan dan industri pembangunan IT. Bagi industri pelancongan, Sapporo menjadi pusat tarikan pelancong dari seluruh dunia terutamanya pada musim sejuk. Sapporo juga telah menempatkan beberapa syarikat besar dunia dalam industri IT. Selain itu, bandar ini juga telah merupakan pusat pengeluaran utama di Hokkaido dalam industri pembuatan makanan dan minuman terutamanya industri pembuatan arak dengan menggunakan barli yang ditanam di Jepun.
Industri IT
Hokkaido merupakan sebuah bandar yang masyur dalam bidang IT. Syarikat IT pertama telah dibuka di Sapporo. Bandar ini diiktiraf sebagai pusat pertama di Jepun yang menubuhkan kemudahan R&D untuk IT yang dikenali sebagai Sapporo Techno Park pada tahun 1986. Kini, bandar Sapporo berjaya menarik lebih banyak syarikat yang terlibat dalam industri IT untuk membuka syarikat mereka di sini. Contoh syarikat IT yang terdapat di Sapporo adalah Accenture Technology Solutions Japan Corporation merupakan perunding perkhidmatan dalam bidang IT di Jepun dan di seluruh dunia.
Selain itu, terdapat syarikat IBM yang mereka bentuk dan membangunkan sistem maklumat. IBM telah menyahut cabaran bandar Sapporo untuk mengurangkan kesan pemanasan global dan alam sekitar. IBM membantu Sapporo dengan menyediakan cadangan seperti pertumbuhan industri dan promosi pelan alam sekitar.
Sapporo juga telah menjalinkan hubungan perniagaan dengan Microsoft Corporation yang menbangunkan perisian komputer dan Panasonic Mobile & System Enginering Corporation yang mereka sistem komunikasi mudah alih. Di samping itu, terdapat juga syarikat Seiko Epson Corporation yang membangunkan perisian komputer serta mereka bentuk semikonductor.
Selain itu, terdapat syarikat IBM yang mereka bentuk dan membangunkan sistem maklumat. IBM telah menyahut cabaran bandar Sapporo untuk mengurangkan kesan pemanasan global dan alam sekitar. IBM membantu Sapporo dengan menyediakan cadangan seperti pertumbuhan industri dan promosi pelan alam sekitar.
Sapporo juga telah menjalinkan hubungan perniagaan dengan Microsoft Corporation yang menbangunkan perisian komputer dan Panasonic Mobile & System Enginering Corporation yang mereka sistem komunikasi mudah alih. Di samping itu, terdapat juga syarikat Seiko Epson Corporation yang membangunkan perisian komputer serta mereka bentuk semikonductor.
Industri Pembuatan Makanan dan Minuman
Pokka Corporation dan Sapporo Beverage telah berkerjasama bagi memperkenalkan produk baru Pokka SAPPORO Food & Beverage yang bermula pada Januari 2013. Syarikat ini juga baru memperkenalkan produk makanan yang berasaskan kesihatan dan makanan semulajadi. Syarikat ini ingin memasarkan produk mereka keluar negara dan telah membuka syarikat yang berpangkalan di Singapura.
|
|
Industri Pembuatan Arak
Sapporo Breweries, Ltd telah ditubuhkan pada tahun 1876. Syarikat ini dikenali kerana hanya memberi produk-produk yang terbaik. Pada tahun 2006, penanaman barli untuk pembuatan arak telah dilaksanakan oleh syarikat bertauliah bagi memastikan kualiti produk mereka dan telah membeli syarikat arak dari Kanada, Sleeman Breweries. Kualiti produk yang dikeluarkakan mereka telah mendapat pengiktirafan semasa menyertai pertandingan.
|
Industri Pembuatan Coklat
|
Shiroi Koibito Park merupakan sebuah taman tema milik syarikat coklat tempatan, Ishiya. Ia merupakan tempat yang sangat terkenal di Sapporo. Taman ini terdiri daripada kawasan bebas dengan kedai, kafe dan restoran dan kawasan untuk membeli barangan coklat buatan tempatan. Ia juga menawarkan bengkel untuk membuat sendiri biskut dan bengkel ini dikenakan bayaran sebanyak ¥1,050 untuk membuat satu biskut.
|
Pusat Pelabuhan
Ishikari Bay Port New Area merupakan kompleks industri dan pengagihan terbesar di kawasan Sapporo. Di samping itu, Ishikari Bay Port New Area yang terletak di Laut Jepun adalah hab perniagaan di Asia Timur kira-kira 15 km jauhnya dari Stesen Sapporo. Ia merupakan pusat perindustrian dengan keluasan lebih kurang 3,000 hektar dan merupakan sebuah pelabuhan perdagangan antarabangsa yang berfungsi sebagai pintu masuk ke Sapporo dari arah laut. Ishikari Bay Port New Area dibangunkan oleh kerajaan Hokkaido, Otaru City, Ishikari City, dan Ishikari Pembangunan co. Ltd. Satu pertiga daripada kawasan pelabuhan ini ditanam dengan tumbuh-tumbuhan bagi mewujudkan taman perindustrian yang mesra terhadap rakyat dan alam sekitar. Lebih daripada 700 buah syarikat telah menempatkan kemudahan mereka di pelabuhan ini. Syarikat-syarikat ini terdiri daripada pelbagai bidang seperti jentera, logam, makanan dan industri pembuatan.
|