GEMPA BUMI
GEMPA BUMI
Merupakan hasil tenaga yang dilepaskan secara mengejut disebabkan perubahan dalam kerak bumi. Perubahan ini menyebabkan tanah bergegar dan menghasilkan gegaran yang bergerak keluar daripada titik tumpu gempa. Titik tumpu merupakan lokasi "punca" di dalam tanah di mana tenaga gempa bumi dibebaskan. Lokasi di atas tanah pada titik tumpu gempa bumi dikenali sebagai 'epicenter'.
PUNCA-PUNCA GEMPA BUMI
- Proses alam semulajadi mengejut seperti letupan gunung berapi dan hentaman meteor.
- Kebanyakannya disebabkan oleh pembebasan mengejut tekanan yang terkumpul dalam tempoh panjang dalam batu jauh di bawah permukaan bumi. Tekanan ini mungkin berpunca daripada pergerakan plat tetonik sepanjang garis rekahan, dan lantunan glasiar.
- Kerak bumi membengkok dan berlipat. Ketika proses ini berlaku, batu-batan yang keras akan pecah kepada blok sepanjang zon lemah. Apabila dua bahagian batu berselisih secara melintang atau menegak, pergerakan ini dikenali sebagai "faulting".
• Lingkaran Cincin Api Pasifik dan negara yang selalu mengalami gempa bumi :
bumi dan kadang-kala merasai letusan gunung berapi.
- Indonesia
- India
- Taiwan
- Jepun
- Afghanistan
bumi dan kadang-kala merasai letusan gunung berapi.
BERITA
Sabtu Januari 28, 2012
Gempa Bumi Di Timur Jepun, Tiada Amaran Tsunami
TOKYO: Satu gempa bumi dengan kekuatan magnitud awal 5.5 mengejutkan bahagian Timur Jepun pada pagi Sabtu, tetapi tiada laporan kecederaan atau kerosakan serta tiada amaran tsunami dikeluarkan. Fokus gegaran itu adalah 20km (12 batu) di bawah permukaan bumi, di wilayah Yamanashi, barat Tokyo, kata Agensi Meteorologi Jepun. Gempa bumi, pada pukul 7.43 pagi waktu tempatan turut dirasai di ibu kota. Gempa bumi merupakan perkara biasa di Jepun sebagai salah satu kawasan gempa paling aktif di dunia.Negara ini menyumbang kira-kira 20 peratus daripada gempa bumi di dunia dengan magnitud 6 atau lebih.

Jepun dilanda tsunami selepas gempa bumi 8.9 magnitud
Khamis, 29 Mac 2012
TOKYO: Gempa bumi pada kadar 8.9 magnitud melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami hingga setinggi 10 meter melanda beberapa bandar kawasan pantai negara itu.Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun jumlah kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pula Honshu.
Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.
Sekurang-kurangnya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan. Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.
Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometer di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey.Ia diikuti beberapa gempa susulan antaranya sekuat 7.1 magnitud.