PELANCONGAN
PELABUHAN KOBE
Ditubuhkan pada abad ke-3 and kini merupakan kawasan permulaan untuk perjalanan di Inland Sea iaitu Nadagogo. Tempat tersebut terkenal dengan kilang sake iaitu Nunobiki Herb Garden. Terdapat juga industri rempah dan 150 jenis tumbuh-tumbuhan. Di kawasan tersebut terdapat juga Ikuta Shrine, sebuah bangunan Vemillion yang didirikan khusus untuk dewi Jepun Kuno.
KITANO-CHO
Kitano-cho adalah satu daerah di wad Chuo, terkenal dengan Ijinkan iaitu penempatan pelancong yang indah dan terpellihara. Kebanyakan penempatan dibina dengan sentuhan Eropah dan China pada Zaman Meiji. Kira-kira 90 buah penempatan yang wujud sekarang dan terbuka kepada umum. Berdekatan Toru Road, lorong bukit yang indah dapat dilihat dan di sana kita boleh melawat Kitano Tenjin Shrine dan kedai-kedai yang menjual barangan fashion. Muzium Perbandaran Kobe memperlihatkan pelbagai lukisan and karya seni yang dihasilkan sewaktu Kobe di bawah pengaruh Eropah pada abad ke-16.
KOBE PHOENIX PLAZA
Kobe Phoenix Plaza mempunyai muzium yang memaparkan insiden gempa bumi iaitu Great Hanshin Earthquake, berserta pemulihan dan pembangunan semula kota tersebut. Di plaza ini juga, rakyat boleh mendapat maklumat berkenaan gempa bumi dan juga perkhidmatan untuk mangsa gempa bumi. Sebuah taman telah ditubuhkan berdekatan dengan Pulau Awaji, di kawasan bumi yang beralih kira-kira 5 kaki sewaktu gempa bumi tersebut.
TETSUJIN-28-GO
Disebabkan gempa bumi, wad Nagata telah mengalami kerosakan yang teruk, kira-kira separuh dari rumah-rumah di kawasan tersebut telah musnah dan terbakar. Namun, kawasan ini tidak pulih sepenuhnya. Oleh itu, untuk menarik pelancong ke Nagata, sebuah model robot fiksyen, Tetsujin-28-Go, yang dikenali sebagai Gigantor di Barat telah didirikan. Ketinggian model robot ini adalah kira-kira 18 meter.
SUMA AQUALIFE PARK
Suma Aqualife Park ialah akuarium tertua dan terbesar di Jepun, terletak di Kobe. Akuarium ini dibina pada tahun 1897 dan mempunyai tangki 1,200 tan yang mengandungi ikan jerung. Kini, akuarium jenis tiub telah dibina dan membolehkan untuk melihat di setiap sudut. Terdapat banyak spesies ikan yang dibawa dari Amazon, juga terdapat ikan lumba-lumba dan penguin. Kira-kira 1 juta pelancong akan mengunjungi akuarium ini setiap tahun.
LAPANGAN TERBANG KOBE
Lapangan terbang yang baru telah dibuka pada Februari 2006 dan ia dianggap sebagai tapak pelancongan kerana berdekatan dengan kebanyakan kawasan tumpuan pelancong. Antara kawasan palancogan yang berdekatan ialah Muzium Kopi UCC yang mempamerkan kopi dan kopi bertin, air panas yang menggunakan air dari telaga sedalam 752 meter, Muzium Seni Perfektural Hyogo yang direka oleh arkitek terkenal Tadao Ando. Muzium Fesyen Kobe dan Suma Aqualife Park juga berdekatan dengan lapangan terbang ini.
GUNUNG ROKKO
Gunung Rokko dengan ketinggian mencapai 3000 kaki, merupakan puncak yang tertinggi di Kobe dan menawarkan pemandangan indah Osaka Bay dan Pulau Awaji. Jalan raya dan kereta kabel merupakan kemudahan yang disediakan untuk tiba di gunung ini. Terdapat sebuah komuniti kecil dengan restoran dan kemudahan rekreasi. Antara tempat yang menarik ialah Rokko Alpine Botanical Gardens dan Musuem of Music Boxes.
ARIMA ONSEN
Merupakan resort air panas yang tertua di Jepun. Terletak bertentangan dengan Gunung Rokko, ia merupakan sebuah Bandar kecil yang mempunyai tempat mandi awam yang lengkap dengan kemudahan hiburan, beberapa rumah tumpangan dan hotel yang menyediakan mandian air panas. Tempat yang menarik di sini ialah Kuil Osenji dan Kuil Onsen. Kawasan ini terdapat banyak laluan untuk mendaki dan air panas di sini adalah kaya dengan besi, sodium klorida dan radium.
ASHIYA
Destinasi popular di lereng Gunung Rokko. Menempatkan seramai 83,000 penduduk, mempunyai kuil, muzium dan laluan mendaki. Yamamura-teo atau Yodoko Guest House, merupakan salah satu bangunan bersejarah yang terpelihara. Bangunan ini dibina oleh arkitek terkenal,Frank Lloyd Wright. Bangunan ini dibuka untuk pelancong pada hari Rabu, Sabtu dan Ahad.
AKISHI
Menempatkan Uontana Fish Market, pasar ikan yang terbesar dan paling menarik di wilayah Kansai. Walaupun tidak sebesar Tsukiji di Tokyo, pasar ini menyediakan sebahagian yang besar makanan laut ke Kobe, Kyoto dan Osaka. Kebanyakan ikan ini ditangkap pada waktu malam, dan akan dijual secara lelong pada pukul 11.30 pagi. Antara hidupan laut yang dijual ialah belut, sotong, udang, horse mackerel, chub mackerel dan Japanese sea perch.
AKASHI KAIKYO BRIDGE
7 batu dari barat Kobe, merupakan jambatan gantung yang terpanjang di dunia. Dibuka pada 1998, jambatan sepanjang 3,911 meter ini menyambungkan Kobe dengan Pulau Awaji. Jambatan ini panjang sedikit dari Great Belt Connection yang menyambung Kepulauan Funen dan Zealand di Denmark. Jambatan ini dibina dengan kekuatan untuk menahan gempa bumi dan taufan. Apabila diterangi pada waktu malam dengan lampu yang berwarna-warni, jambatan ini digelar sebagai ‘Pearl bridge’.
Dibahagian tepi jambatan ini, terdapat dek pemerhatian dengan ketinggian lebih kurang 46 meter. Ia boleh dinaiki dengan lif dan dikenakan bayaran sebanyak ¥500. Berdekatan dengan jambatan tersebut terdapat gondola pemerhati ala-ala UFO, yang akan berpusing menaiki menara untuk melihat jambatan ini dan juga Pulau Awaji (macam menara taming sari). Gondola naik setiap 15 minit dan akan stay 8 minit.
PULAU AWAJI
Pulau yang terbesar di laut dalam negeri, yang menempatkan Nojima Fault Preservation Museum, sebuah rumah futuristik seperti rumah hijau yang merangkumi seluas 140 meter kawasan bumi beralih sewaktu gempa bumi. Di sini, pelancong boleh melihat jalan raya, sawah padi dan rumah yang musnah disebabkan gempa bumi.
Onokoro Airando-Koen Park mempunyai mini replika Parthenon, Taj Mahal dan bangunan terkenal yang lain. UFO Jinja mempunyai pagar Torii yang dikelilingi batu-batuan berbentuk katak, tengkorak gorilla palsu. Terdapat satu muzium yang memaparkan filem 3D tentang seorang nelayan yang disedut ke dalam whirlpool dan dia telah diselamatkan oleh anjing laut. Pulau ini mempunyai pantai dan tapak perkhemahan yang menarik. Pulau ini juga terkenal dengan bunga daffodils Jepun yang akan berkembang pada pertengahan musim sejuk.
Awaji juga terkenal dengan senibina moden. Antara senibina yang menarik ialah Awaji Yumebutai dan Shingonsu Honpukuji (kuil air) direka oleh Tadao Ando. Senibina Awaji Yumebutai berinspirasikan Alhambra di Granada, Spain yang mempunyai taman berteres, teater terbuka, muzium tumbuh-tumbuhan rumah hijau, pusat persidangan, bilik upacara minum the yang harmoni dengan persekitaran semulajadi.