KAWASAN DAN AKTIVITI TARIKAN PELANCONG DI KYOTO
Terdapat 4 tarikan utama pelancong di Kyoto iaitu Taman Warisan UNESCO, Taman Monyet Iwatayama, muzium-muzium dan juga perayaan yang diadakan di Kyoto.
TAMAN WARISAN UNESCO
Kira-kira 20% Khazanah Negara Jepun dan 14% Harta Kebudayaan Pentingnya wujud dalam lingkungan bandaraya Kyoto yang sebenar. Tapak Warisan Dunia UNESCO Historic Monuments of Ancient Kyoto (Kyoto, Uji and Otsu Cities) merangkumi 17 lokasi di Kyoto, Uji di Wilayah Kyoto dan Ōtsu di Wilayah Shiga. Tapak ini diisytiharkan sebagai Warisan Dunia pada tahun 1994.
TAMAN MONYET IWATAYAMA
Taman Monyet Arashiyama, Iwatayama (嵐山モンキーパークいわたやま?) di Nishikyō-ku ialah sebuah taman di mana monyet bebas merayau-rayau. Kawasan lingkungan taman ini sahaja diduduki oleh lebih 170 ekor beruk Jepun. Selepas membayar yuran kemasukan, pelancong berjalan menaiki bukit yang curam, untuk memasuki kurungan di atas bukit di mana mereka boleh masuk dan menyuap monyet dengan selamat. Kerana tiadanya pagar, monyet-monyet tersebut boleh berlalu-lalang sesuka hati, tetapi mudah dipikat oleh makanan seperti epal atau kacang tanah. Sungguhpun buas, namun monyet ini biasa dengan kehadiran manusia, sehingga tidak takut untuk mendekati pengunjung untuk mendapatkan makanan.
MUZIUM-MUZIUM
Antara muzium-muzium yang terkenal di Bandar Kyoto adalah Muzium Lokomotif Wap Umekoji (梅小路蒸気機関車館), Muzium Seiuemon Onishi (大西清右衛門美術館)
, Muzium Kitamura (北村美術館), Muzium Orgel Arashiyama Kyoto (京都嵐山オルゴール美術館), Muzium Heiankyo Sosei-Kan Kyoto (京都市平安京創生館),
Muzium Kesenian Perbandaran Kyoto (京都市美術館), Muzium Arkeologi Bandaraya Kyoto (京都市考古資料館), Pusat Seni Kyoto (京都芸術センター), Muzium Manga Antarabangsa Kyoto (京都国際マンガミュージアム), Muzium Kesenian Moden Negara, Kyoto (京都国立近代美術館) dan juga yang lain-lain.
PERAYAAN
Kyoto meraikan pelbagai perayaan utama sepanjang tahun, bermula dengan Aoi Matsuri pada 15 Mei. Dua bulan kemudian (1 hingga 31 Julai) ialah Gion Matsuri yang dikenali sebagai satu daripada tiga perayaan terbesar di Jepun, mengetengahkan perarakan besar-besaran pada 17 Julai. Kyoto menyambut Perayaan Bon dengan Gozan Okuribi, iaitu menyala api di gunung untuk membimbing roh-roh kembali ke tempat asalnya (16 Ogos). Jidai Matsuri, Perayaan Zaman (22 Oktober), menyanjungi zaman silam Kyoto yang terbilang.