Fukushima merupakan salah satu prefektur Negara jepun yang berada di bahagian Selatan Wilayah Tohoku. Prefektur ini merupakan wilayah yang paling dekat dengan pusat metropolitan Jepun iaitu Tokyo. Fukushima juga merupakan sebuah prefektur Jepun yang dibahagikan kepada tiga bahagian yang mempunyai kelebihan dan kemampuan yang tersendiri. Tambahan lagi, dearah ini terbentuk melalui pembahagian gunung. Tiga daerah tersebut ialah Aizu, Nakadori dan Hamadori.
Ketiga-tiga wilayah ini mempunyai kelainan yang tersendiri yang mampu menyumbang kepada pendapatan negara Jepun. Wilayah yang pertama adalah Hamadori yang terletak di bahagian menghadap Samudera Pasifik dan merupakan daerah yang paling mendatar dan mempunyai iklim yang sederhana. Oleh itu, kawasan ini merupakan daerah yang sesuai untuk dijadikan kawasan petempatan serta kawasan rekreasi/ pelancongan kerana mempunyai tanah yang mendatar untuk membina pusat peranginan serta mempunyai suhu yang sederhana untuk semua pelancong yang hadir di kawasan tersebut.
Wilayah yang kedua adalah Nakadori. Daerah ini merupakan daerah yang menjadi pusat pengeluaran hasil pertanian. Hal ini demikian kerana, daerah ini mempunyai tanah yang subur untuk menjalankan aktiviti pertanian serta mempunyai kawasan saliran air yang baik untuk disalirkan ke kawasan pertanian. Tambahan lagi, kawasan ini akan mampu untuk menampung permintaan rakyat Jepun dari aspek makanan rutin seperti beras yang mana merupakan makanan asasi rakyat di sana. Oleh itu,ianya boleh mengurangkan kebergantungan kerajaan tempatan Jepun terhadap negara luar dari aspek makanan rutin.
Wilayah yang terakhir ialah daerah Aizu. Daerah ini mempunyai satu keunikan yang tinggi. Hal ini demikian kerana, kawasan ini merupakan salah satu daerah yang mempunyai danau dengan mempunyai pemandangan yang indah, hutan yang padat serta kawasan yang mempunyai musim dingin yang bersalji. Oleh itu, daerah ini telah dijadikan sebagai kawasan pelancongan keran mempunyai keindahan alam semulajadi yang begitu unik yang mampu memikat hati pelancong yang datang melawat Jepun. Oleh itu, secara tidak langsung akan meningkatkan pendapatan Kerajaan Tempatan Jepun.