4 orang pekerja cedera dalam letupan kilang di Osaka
- 4 pekerja cedera dan 2 daripadanya parah dalam satu letupan yang berlaku pada hari selasa di sebuah kilang pemprosesan logam di barat Jepun iaitu di wilayah Osaka - Kemalangan berlaku pada jam 11 pagi waktu tempatan di kilang dalam prefektur Sakai City - Salah seorang jurucakap Hospital memberitahu bahawa, salah seorang daripada 4 mangsa, yang berumur 35 tahun adalah yang paling teruk terbakar selepas terkena letupan itu - Mangsa tersebut berada dalam keadaan kritikal - Manakala salah seorang lagi mangsa yang berumur sekitar 54 tahun juga turut dirawat di unit khas - Kilang tersebut dimiliki oleh Syarikat Nippon Shindo yang terlibat dalam pembuatan dan penjualan produk tembaga
- Punca kemalangan bermula di kawasan relau lebur di dalam kilang, namun punca kebakaran belum dikenalpasti
Kongres Amerika Syarikat mengutuk kenyataan Datuk Bandar Osaka berkenaan isu “comfort women”
o Satu kongres AS telah mengecam kenyataan Datuk Bandar Osaka iaitu, Toru Hashimoto bahawa penggunaan “comfort women” semasa Perang Dunia II adalah perlu. o Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar, Ed Royce berkata “comfort women” adalah satu program yang ditaja oleh kerajaan keganasan seksual terhadap 200 ribu wanita semasa perang o Ia berkata lagi, cubaan untuk menafikan atau membenarkan kewujudan “comfort women” adalan sama dengan menafikan sejarah o Manakala The California Congress menyatakan kenyataan Datuk Bandar Osaka adalah benar-benar keterlaluan, dan ia akan menambahkan lagi penghinaan kepada penderitaan yang dialami oleh mangsa dan keluarga o Ed Royce menjelaskan sokongan terhadap resolusi berkaitan “comfort women” menunjukkan minat yang amat memberangsangkan daripada golongan wanita